Seminar Fiqh Malaysia: Paradigma Wawasan Negara, ini
merupakan sebuah program yang dianjurkan dengan bertujuan untuk memberi
pendedahan serta pencerahan kepada masyarakat berkenaan masa depan Malaysia
yang lebih baik dan bermutu. Selaras dengan pengamalan Malaysia sebuah negara
demokrasi dan rakyat berbilang kaum.
Sehubungan itu, pihak penganjur mengetengahkan sudut
pandang Malaysia di dalam kerangka, politik, ekonomi dan sosial. Disamping
menjemput ahli-ahli panel yang selayaknya untuk memberi pembentangan kertas
kerja dan berwacana secara ilmiah.
Selain itu, Seminar Fiqh Malaysia ini bertujuan untuk
menarik minat golongan belia terutamanya mahasiswa dan mahasiswi bagi bersama
berbincang untuk hala tuju Malaysia yang lebih kualiti, inovasi dan berwawasan.
Serta memberi ruang dan peluang untuk mereka berkongsi dan meluahkan idea yang
ingin di ketengahkan, serta memupuk jati diri masyarakat agar lebih progresif
dan berani dalam memacu kemajuan Malaysia.
Justeru itu, semoga dengan penganjuran Seminar Fiqh
Malaysia ini dapat memberi input yang bermanfaat serta membawa sejuta kebaikan
kepada masyarakat Malaysia secara amnya. Lantas memupuk masyarakat khususnya
golongan belia yang berfikir kritis, matang dan semangat kecintaan kepada
negara Malaysia yang lebih berkualiti dan inovasi.
OBJEKTIF
1. Melahirkan masyarakat yang cakna dan peka kepada
isu semasa.
2. Memberi pendedahan keadaan semasa kepada
masyarakat, terutama berkaitan
Malaysia dalam kerangka akademik dan ilmiah.
3. Melahirkan masyarakat yang progresif dan
nasionalis selaras dengan Al-Quran dan
As-Sunah dalam memacu Malaysia yang
berkualiti.
4. Mewujudkan suasana dialog dan diskusi
terbuka sesama ahli panel dan masyarakat khususnya
mahasiswa dan mahasiswi dalam melontarkan pandangan, idea serta berkongsi pendapat.
mahasiswa dan mahasiswi dalam melontarkan pandangan, idea serta berkongsi pendapat.
5. Memartabatkan negara Malaysia selari
dengan konsep Baldatun Toyyibatun Wa Rabbu Ghafur.
No comments:
Post a Comment